Friday, August 30, 2013

Ramai orang bertanya kepada saya, apakah kunci kejayaan anda? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan saya? Jika saya tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan saya menuju kejayaan. Sering juga saya berfikir, apakah jawapan yang pasti perlu saya beri kepada anda. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza Namun begitu, sayasempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa anda kepada kejayaan.

1. KENALPASTI. Kenalpasti matlamat anda. Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan maka ia bermakna anda tidak ada hala tuju. Matlamat akan menjadikan perjalanan anda berarah.

2. BUAT PERANCANGAN DAN STRATEGI. Jika anda tidak merancang strategi anda, mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda. Perancangan akan menjadi peta untuk pergerakkan anda.

3. JANGKAAN ATAU BAYANGAN. Jangkakan kejayaan anda. Ini berkait rapat dengan kemahuan anda untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Anda sudah ada matlamat, anda sudah ada plan. Tapi anda tak berapa yakin plan ada menjadi.Anda perlu yakin dengan usaha anda. Dan ingat, jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda, maka doa anda akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang anda rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya.

4. BERTINDAK
. Just Do It. Selepas anda memperbaiki kepercayaan diri anda sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan anda. Lakukannya! Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri tadi. Jika anda takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya.

Thursday, August 29, 2013

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bukan senang nak jadi kaya. Bukan senang juga nak jadi miskin. Sebagai manusia kita ada banyak pilihan bagaimana nak jadi senang dan bagaimana nak hidup biasa - biasa. Kita hanya memilih. Kebanyakan manusia nak jadi senangtapi tak nak usaha. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Nak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Boleh di katakan setiap hari kita mendengar tentang kejayaan orang lain di akhbar mahupun televisyen. bermula sebagai orang yang tak ada apa - apa akhirnya menjadi orang yang luar biasa, kaya dan berjaya. Mempunyai kereta mewah, banglo berbiji - biji, dapat bayar hutang, hidup mewah dan sebagainya.
Dalam perjalanan membuat business, boleh dikatakan ramai yg berjaya dan dapat menjadi seperti apa yang di impikan tetapi ada juga yang kecundang di tengah jalan.

Begitula pengalaman saya sepanjang menjadi usahawan wanita muda. Banyak cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Pahit manis masam masin dan macam - macam lagi. Yang penting kalau nak berjaya jangna mudah berputus asa dan sanggup berkorban apa sahaja. Jikalau masuk hanya hangat - hangat tahi ayam atau sekadar ikut kawan elok di pertimbangkan atau jangan buat business langsung. Tapi kalau benar - benar serius nak ubah kehidupan dan yakin boleh berjaya, Silakan. Jikalau tidak lebih baik jangan, bukan apa takut membuang masa dan wang ringgit. Dan yang paling tidak seronoknya apabila gagal sebab tak serius dan pengaruhi pula rakan - rakan lain yang tengah bersemangat. Di tambah pula bermacam - macam alasan kenapa tak boleh berjaya.

Semua orang ada hak untuk berjaya tetapi cuma perjalanan yang berlainan. Anda perlu meniti dari segi bakat, kemahiran dan kecenderungan anda. Kenali diri anda dahulu dan baru merancang untuk anda melangkah ke arah mana. Barulah segala pekerjaan akan berjalan dengan lancar kerana sudah ada perancangan sebelumnya. Bila ada perancangan tidak lah anda terlompat sana sini nak masuk bidang yang mana satu.

RESEPI KEJAYAAN ADALAH JANGAN PUTUS ASA. NEVER GIVE UP.

CONTOH SITUASI : Kolonel Harland Sanders telah mencipta resepi iaitu rempah untuk ayam KFC. Beliau telah pergi ke 32 buah bank untuk membuat pinjaman supaya ia boleh mambuka restoran. Kolonel Harland Sanders membawa resepi ayamnya di setiap bank yang beliau pergi. Jika Kolonel Harland Sanders give up pada usaha yang 31. kita mugkin tidak akan merasa ayam KFC sekarang.


CONTOH SITUASI 2: Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”! Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol! Jika Thomas Edison give up pada cubaan 999 mungkin kita tidak akan ada lampu atau lambat mendapat lampu.